Nadeera Zaini

Farah Nadeera binti Zaini atau lebih dikenali sebagai Nadeera Zaini adalah merupakan penyanyi Malaysia yang namanya sedang meningkat naik. Bakat nyanyiannya mula dikenali setelah beliau menyertai Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014 dan menjadi protege kepada Zainal Abidin. Beliau juga pernah mewakili Malaysia dengan menyertai sebuah program realiti di Indonesia, iaitu D'Academy Asia.